Mengekalkan Ketenangan Bilik Tidur

comfortable bedroom
Bukan ruang tamu sahaja yang perlu dihias, kamar atau bilik tidur tetap perlu dijaga dengan rapi walaupun tidak dapat dilihat oleh tetamu. Sesuai dengan fungsinya sebagai tempat merehatkan diri, hiasan, arrangement dan susun aturnya haruslah menenangkan fikiran. Berikut adalah beberapa tip berguna yang boleh dipraktikkan dalam menghias bilik tidur.





  • Bahagikan bilik tidur anda kepada dua. Bahagian pertama untuk hal-hal peribadi seperti almari pakaian dan meja solek. Manakala bahagian kedua untuk tujuan hiburan dan santai. Jadikan katil sebagai sempadan.
  • Jika bilik tidur anda sempit, pasangkan langsir yang tinggi dari siling ke lantai. Jangan pilihcorak melintang. Sebaliknya gunakan corak menegak yang akan memberi aras tinggi pada siling. Tip menjadikan ruang rumah kelihatan lebih besar.
  • Jika anda suka membaca atau mengulang kaji pelajaran di bilik tidur, sediakan para atau rak (bookshelf) supaya peralatan tampak lebih kemas.
  • Bagi bilik tidur yang kecil, elok gunakan kerusi dan meja yang boleh dilipat.
  • Pastikan kawasan bawah tilam bebas udara supaya dapat membebaskan kelembapan selimut dan cadar.
  • Letakkan tumbuhan hidup di dalam bilik tidur untuk menyokong eko pengudaraan.
  • Senyuman dari wajah mereka yang disayangi dapat menambah impak keriangan. Gantung gambar yang terpilih untuk dijadikan focal point dinding bilik tidur anda. Focal point penting dalam dekorasi.
  • Bangkitkan suasana tenang melalui keharuman lilin dan potpouri.

Post a Comment

Home Decor : : Tip Dekorasi dan Hiasan Dalaman Rumah

Copyright © 2011 DEKORumah | Powered by Blogger | Designed and preserved by 54Blogger