Tip Menjadikan Ruang Rumah Kelihatan Lebih Besar

Add More spaces
Bila menghias rumah, alangkah baiknya kita menggunakan segenap ruang yang ada. Jika anda mempunyai ruang yang luas, pastinya kerja-kerja hiasan tampak lebih mudah. Namun bagi ruang yang terhad, ia mungkin mendatangkan kesukaran. Jangan buntu. Dengan sedikit kreativiti yang ada, anda boleh atasi masalah ini dan hiaslah rumah anda dengan lebih bergaya. Warna yang anda gunakan banyak memainkan peranan dalam melahirkan impak terhadap saiz ruang yang anda miliki.

Jika anda menggunakan warna 'gelap', ruang atau bilik anda akan kelihatan lebih kecil. Begitu juga sebaliknya, penggunaan warna 'cerah' (seperti putih, krim, hijau muda dan biru langit), akan membuka pandangan anda dan menampakkan ruang yang lebih luas. Psikologi warna dalam hiasan dalaman.

Anda juga boleh menggunakan cermin. Lebih banyak cermin di dalam bilik anda, lebih banyak cahaya yang dipantulkan dan ini akan memberi kesan terhadap saiz ruang yang. Bilik anda akan kelihatan lebih besar. Hias rumah dengan cermin.

Bila sudah mula menghias rumah anda, lakukannya terhadap semua ruang dan tempat yang ada. Jangan ada yang terlepas pandang. Dalam setiap bilik anda, cuba hadkan 1-3 item yang sama, hindarkan kesesakan yang anda. Contohnya, item seperti gambar, patung permainan, majalah/buku (tidak mengapa jika disusun di rak), pasu hiasan, tanaman hidup, perlu dikurangkan jumlahnya.

Gunakan lantai rumah anda hanya untuk meletak perabot dan jenis hamparan sahaja. Bagi barang bukan perabot, kutip dan simpan atau letak di tempat yang lebih sesuai. Letakkan barang lain seperti peti telivisyen, pasu bunga di atas perabot yang ada.

Bila bercakap tentang perabot, sentiasa fikirkan ruang yang ada di rumah anda. Jika berkesempatan, sebelum membeli, ukur dahulu keluasan ruang untuk menempatkan perabot baru anda. Tidak salah kalau kita membawa pita pengukur ke kedai perabot untuk menentukan kesesuaian saiz perabot yang hendak dibeli. Bagi perabot bersaiz besar, rapatkannya ke dinding. Biarkan ruang terbuka luas. Manakala bagi perabot bersaiz kecil, anda boleh letakkannya di mana-mana. Yang penting elakkannya dari mengganggu pergerakan anda.

Selain itu, pemilihaan perabot yang pelbagai guna adalah langkah bijak. Contohnya, jika anda mempunyai tempat simpanan di bawah meja dan katil di bilik tidur anda, bukan ke lebih baik. Panduan beli perabot kayu.

Post a Comment

Home Decor : : Tip Dekorasi dan Hiasan Dalaman Rumah

Copyright © 2011 DEKORumah | Powered by Blogger | Designed and preserved by 54Blogger