Tip Praktikal Membeli Set Meja Makan

Buy a dining table
Set meja makan (dining table) antara perabot yang mesti dimiliki oleh setiap pemilik rumah. Dalam sebuah rumah, ruang makan atau dining room pula adalah tempat di mana anda berbual seisi keluarga sambil menikmati hidangan. Setiap kali hidangan di atas meja sedia untuk dijamah, keselesaan ruang makan akan lebih membangkitkan selera anda sekeluarga. Bermacam jenis set meja makan yang dipamerkan di pasaran.



Untuk memilih satu yang terbaik untuk rumah anda, mungkin tidak semudah yang disangkakan. Sebagai seorang pembeli yang praktikal, cuba elakkan kesilapan yang sering berlaku ketika membeli set meja makan. Maksudnya, anda perlu tahu apa yang anda cari. Panduan beli perabot kayu. Terdapat faktor yang perlukan pertimbangan anda seperti saiz, stail dan kualiti.

Saiz

Fikirkan luas ruang di rumah anda ketika membeli set meja makan. Meja makan yang kecil untuk ruang yang agak terhad, dan begitu juga sebaliknya. Dengan saiz yang dipilih, ketika menjamu selera bersama, anda sekeluarga sepatutnya masih mempunyai ruang untuk bergerak dengan mudah. Selain itu, carilah set meja yang cukup untuk menampung bilangan ahli keluarga atau penghuni rumah anda, di samping yang dapat memberi keselesaan kepada anda.

Stail

Bila berkata tentang stail, ianya penting supaya seiring dengan tema dan rekabentuk rumah anda. Kesemua elemen di ruang tersebut seharusnya seimbang. Jika rekabentuk dan temanya tradisional, pilihlah stail meja biasa atau klasik. Manakala bagi konsep yang lebih moden, pilihlah stail yang terkini. Apabila anda ingin menggantikan set meja makan yang ada, cuba cari padanan stail dan warna dengan mana-mana perabot lain di ruang tersebut.

Kualiti

Kualiti sangat penting dalam memilih set meja makan. Walaupun anda terpaksa berbelanja besar ketika membelinya, ia lebih menguntungkan apabila perabot tersebut dapat digunakan untuk tempoh yang lama. Apa gunanya terpikat dengan harga murah sedangkan meja makan anda hanya akan mampu bertahan untuk beberapa bulan. Tidak perlu merasa rugi kerana ia satu pelaburan yang bijak.

Post a Comment

Home Decor : : Tip Dekorasi dan Hiasan Dalaman Rumah

Copyright © 2011 DEKORumah | Powered by Blogger | Designed and preserved by 54Blogger