Stail Dekor - Moden atau Kontemporari

Contemporary vs modern... apa bezanya dalam bidang hiasan dalaman?. Atau mungkin tiada beza. Kalau dirujuk pada kamus, kedua-duanya menampakkan ciri persamaan. Kalau tanya pada tokeh atau pekerja kedai perabot, bermacam-macam jawapan akan anda dengar. Kebanyakan orang akan menggangapnya serupa. Tetapi, dari sudut seni dan rekaan (art and design), kedua-duanya BERBEZA.

Perkataan 'kontemporari' merujuk pada 'masa kini' atau 'semasa'. Rekaan kontemporari atau perabot kontemporari merujuk kepada rekaan abad ke-21. Perkataan kontemporari digunakan untuk menerangkan stail dan rekaan 'terkini'. Kegunaan terminologinya lebih luas, tidak terhad pada satu stail. Rekaan kontemporari boleh digunakan pada pelbagai trend dan stail mengikut zamannya (satu jangka masa tertentu). Ia mungkin idea rekaan terkini hasil inspirasi tahun 70an. Anda juga boleh memiliki ruang tamu kontemporari ala 60an sekiranya gaya hiasan anda berkonsepkan minimalis. Spacious dan uncluttered kunci kepada stail kontemporari.

Manakala 'moden' bukan bermaksud 'semasa'. Di sini timbulnya kekeliruan. Oleh kerana kita hidup di zaman serba moden, dikelilingi teknologi semakin canggih, jadi rekaan baru yang ada di pasaran pun kita anggap 'moden'. Ini kurang tepat. Bila bercakap tentang apa pun yang berkait dengan seni, senibina, rekaan, mahu pun muzik, perkataan 'moden' sebenarnya merujuk pada 'stail'. Stail rekaan moden lahir semasa Perang Dunia Kedua dan lebih menekankan kepada minimalism, simplicity, dan fungsi suatu rekaan. Jika dibandingkan dengan stail tradisional, stail moden bermaksud sesuatu rekaan yang lebih simple tetapi fungsinya diperkaya (pelbagai guna, ringan, tahan lasak dan jimat ruang) hasil penggunaan material baru antaranya seperti alumunium, keluli tahan karat, kaca di samping kayu, kulit, vinyl dan fabrik yang biasanya bertona kehitaman atau putih. Permukaannya rata... sleek dan clean lines. Tiada lagi disarat dengan ukiran atau corak bungaan. Jadi, stail moden sudah pun wujud sejak dari dulu lagi.

Kenapa orang selalu silap dan keliru?. Sebabnya, stail moden masih belum ketinggalan zaman. Cuba perhatikan trend produk-produk terkini, atau high-end, penampilannya masih simple dan fungsinya semakin pelbagai. Jadi, hingga hari ini, produk atau perabot berciri rekaan moden masih menguasai pasaran semasa. Bermakna ia juga 'kontemporari', bukan?. Memang keliru. Jika anda buat perbandingan dengan melihat gambar-gambar di laman web pun, perbezaannya tak ketara. Serupa tapi tak sama. Sebab itulah, penggunaan kedua-dua perkataan ini saling bersilih ganti. Setelah banyak menghabiskan masa dan wang ringgit, anda rasa sangat puas dan yakin dengan stail kontemporari ruang tamu anda. Suatu hari, rakan anda yang bertandang memuji dengan berkata "wah! cantik la... saya pun minat dengan stail moden macam ni". Apa anda rasa?. Di mana yang tak kena?.

Ruang tamu moden

Ruang tamu kontemporari

Kedua-dua stail mempunyai ciri penampilan yang sama. Ringkas dan tidak serabut. Untuk menampakkan stail moden mungkin lebih mudah. Salah satu caranya, hadkan penggunaan tona warna hitam, kelabu, perak dan putih. Wujudkan suasana cerah dan berkilat dengan penggunaan material berasaskan kaca, keluli tahan karat, alumunium, dan kulit.

Untuk stail kontemporari, ideanya lebih luas. Anda perlu kenal pasti ciri-ciri asas yang ada pada suatu stail pada zaman atau eranya. Contohnya warna merah dan putih sinonim dengan zaman 60an. Gunakan warna tersebut untuk menampakkan keunikan dan menyampaikan mesej anda. Idea kontemporari masa kini pula lebih menekankan warna terang (striking), hiasan abstrak, dan corak geometri. Yang penting simple... simple... and simple!.

One Response so far.

  1. thanks a lot for infomartion apa itu contemporary.. akhirnya sy dpt jawapan sebenarnya.. :)lebih faham skg..

Post a Comment

Home Decor : : Tip Dekorasi dan Hiasan Dalaman Rumah

Copyright © 2011 DEKORumah | Powered by Blogger | Designed and preserved by 54Blogger