Padankan TV LCD dengan tema dekorasi

Decorating LCD TV
Dulu plasma, kemudian LCD, dan sekarang LED. Memang sudah menjadi trend pengeluar, rekabentuk televisyen sudah semakin nipis dan saiznya semakin besar. Itulah yang dikatakan modenisasi dalam teknologi yang lebih menekankan kepada fungsi produk yang dikeluarkan. Dari segi fizikalnya, walaupun dengan saiz tv LCD yang besar, ia lebih ringan dan kurang memakan ruang berbanding dengan tv dulu-dulu. Apatah lagi kualiti audio visualnya.


Namun, cuba anda perhatikan, tidak kira siapa pengeluarnya... berapa saiznya... pada kebiasaannya terdapat persamaan yang ketara iaitu antaranya warna yang terhad kepada hitam dan perak. Rekabentuknya bercirikan clean lines dan sleek.

Bila bercakap tentang hiasan dalaman, ciri-ciri rekaan tersebut menggambarkan stail moden. Gaya yang ringkas dan berstruktur yang masih popular sehingga ke hari ini. Bagi anda yang menggemari stail dekorasi yang lain... yang lebih tradisional, tv LCD anda akan menjejaskan sedikit persekitaran ruang tamu anda sekiranya posisi dan dekorasinya tidak dilakukan dengan cermat.

Dengan sendirinya, saiz tv LCD yang besar mudah menjadi focal point untuk ruang tamu anda. Tetapi anda tidak mahu ia mendominasi stail dan tema yang anda usahakan, dan tidak mahu ia mengambil alih focal point yang telah anda tetapkan. Jadi, bagaimana?.

  • Pertama, kurangkan jumlah kontra yang ada di antara tv LCD dengan tema anda. Kontrasiti yang ada pada tv akan menjejaskan tema anda. Langkah ini seharusnya bermula ketika anda hendak membeli tv. Sekiranya anda menggunakan adunan warna tema yang cerah, pilihlah tv yang berwarna perak (bukan hitam sepenuhnya). Dah beli?....tak mengapa. Tv yang hitam berkilat juga boleh dipadankan dengan hiasan atau perabot lain yang mempunyai persamaan ciri. Hiasan yang sedondon ini akan mengurangkan kontra yang wujud. Anda juga boleh gunakan bahagian dinding untuk mencapai tujuan ini. Seperti mengecat dinding di belakang tv dengan warna kelabu. Atau, memasang heavy curtain yang mempunyai karakter moden.
  • Kedua, menggunakan perabot yang sepadan. Fungsi tv LCD untuk menjimatkan ruang. Penggunaan rak tv yang lama (yang kedalamannya (depth) 1 3/4 - 2 kaki) hanya menidakkan fungsi yang ada dan akan menampakkan gap. Seeloknya lekapkan (mount) tv anda di dinding menggunakan braket khas. Di bahagian bawah tv, anda boleh letakkan rak yang ukuran kedalamannya lebih rendah/cetek. Rak buku boleh dijadikan pilihan yang sesuai bagi anda yang kreatif. Gunakan rak ini untuk meletak hiasan atau koleksi anda yang lain.
  • Ketiga, meletakkan hiasan yang lebih sesuai di sekeliling tv anda. Hiasan yang lebih unik, yang lebih bermesej, akan lebih menarik perhatian. Item hiasan ini juga lebih mudah dipadankan dengan stail dekorasi sama ada dari segi warna, corak, tekstur, atau pun material. Kontrasiti yang anda telah berjaya kurangkan pada langkah pertama akan membuatkan hiasan ini lebih mendominasi dan kehadiran tv LCD semakin dipinggirkan.
  • Keempat, menggunakan ruang khas untuk menyimpan tv LCD anda. Satu ruang yang boleh dibuka ketika mana anda ingin menonton tv dan ditutup apabila tidak digunakan. Sebenarnya, ini kaedah lama namun amat berkesan untuk mengekalkan stail dekorasi anda.

Post a Comment

Home Decor : : Tip Dekorasi dan Hiasan Dalaman Rumah

Copyright © 2011 DEKORumah | Powered by Blogger | Designed and preserved by 54Blogger