Gunakan Warna Merah Dalam Dekorasi

Hall with red carpet
Jumpa lagi. Teringat kepada salah seorang guru sekolah menengah dulu. Dia merupakan penasihat Kelab Seni dan Kreatif sekolah. Dia banyak memberi idea dan nasihat sepanjang 2 tahun saya menjadi presiden kelab. Bila bercerita tentang stail dan ketrampilan seseorang, dia memang seorang yang berbeza. Waktu itu bagi kami pelajar, keunikan gayanya hanya menjadi bahan ejekan.

Suatu hari, saya dengan beberapa ahli kelab telah dipelawa datang ke rumahnya untuk melihat lebih dekat puluhan pokok bonsai miliknya. Setelah puas, kami dijemput masuk ke rumahnya untuk minum petang. Ketika melangkah masuk, secara peribadi, saya amat terkejut dengan suasana dalaman rumahnya. Susun atur perabot dan hiasan yang ada boleh dikatakan biasa sahaja. Cuma hampir keseluruhan dinding didominasi dengan warna merah...MERAH DARAH. Itulah kali pertama saya jumpa orang (orang Melayu) cat dinding dalaman rumah dengan warna merah. Semakin bertambah ciri keunikan karakter dia.

Itu cerita 20 tahun dulu. Tetapi sudah ada orang yang berani menggunakan bright color dalam dekorasi rumah. Dewasa ini, merah semakin diterima kerana terbukti memberi impaknya yang tersendiri dalam hiasan dalaman. Dalam artikel terdahulu bertajuk psikologi warna dalam hiasan, warna merah digunakan untuk menarik perhatian seseorang. Sebab itu papan tanda yang bernotis amaran atau bahaya menggunakan warna merah. Namun penggunaannya tidak harus secara ektensif. Perlu dihadkan untuk mengekalkan daya tarikan tersebut.

'Kehangatan' yang ada pada warna merah menjadikannya sebagai perangsang kepada kesan energetik dalam suatu persekitaran. Penampilan akan lebih bertenaga, lebih rancak dan bersemangat. Dalam pada itu, secara logiknya kehangatan yang keterlaluan akan membawa kesan negatif. Bila takut akan kesan dramatik yang tidak diinginkan, maka ramai yang mengelak daripada menggunakan warna ini bila menghias rumah.

Merah boleh dipadankan dengan warna neutral dan natural untuk membangkitkan kehangatan. Persekitaran yang dull akan berubah dengan sedikit cetusan merah. Anda tidak perlu bergantung pada cat dalam hal ini. Di peringkat awal, anda hanya perlu meletakkan elemen hiasan contohnya bunga ros, pasu, kusyen kecil, dan hamparan untuk memperkenalkan warna merah di mana-mana ruang rumah anda.

Bila sudah semakin berani dan yakin, anda boleh mula menggunakan cat pada dinding yang sesuai...yang sesuai. Untuk mengecat keseluruhan dinding dengan merah adalah tidak digalakkan melainkan jumlah kontrasiti yang akan terhasil di antara 2 warna utama di ruang tersebut adalah sedikit. Tak faham kan?. Okay, cuba lihat padanan warna ini.

red color in decoration

Merah dengan putih terlalu kontra tetapi adalah sebaliknya bagi merah dengan hitam. Jadi, anda boleh mengecat keseluruhan dinding dengan warna merah pada mana-mana ruang yang didominasi dengan warna hitam atau warna gelap. Atau pada ruang tertentu yang sememangnya anda inginkan kesan suram seperti bilik tv dan bilik santapan. Ini kerana kesan 'sakit mata' dari warna 'hangat' ini boleh dihindarkan apabila kontrasnya dikurangkan. Bagi kawasan lain, cukup sekadar mengecat untuk menjadikannya sebagai focal wall. Focal point penting dalam dekorasi.

One Response so far.

  1. Red is a new black. Nice blog!

Post a Comment

Home Decor : : Tip Dekorasi dan Hiasan Dalaman Rumah

Copyright © 2011 DEKORumah | Powered by Blogger | Designed and preserved by 54Blogger